Pertandingan Fotografi – Labuan in Visual Retrospective

Poster LiVR 2014 Labuan in Visual Retrospective dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, W.P. Labuan akan menganjurkan pertandingan fotografi yang berdasarkan konsep yang sama digunakan untuk projek Labuan in Visual Retrospective (LiVR).

Tema: Gambar lokasi ikon Sejarah di Labuan. Pengadil: Pihak Labuan in Visual Retrospektif (LiVR) & Jawatankuasa Penganjur.

1- Peraturan Pertandingan

  • TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia KECUALI Jawatankuasa dan Urusetia LiVR dan penganjur pertandingan.
  • Jawatankuasa penganjur dan urusetia Festival Muzium tidak layak menyertai pertandingan ini.
  • Pendaftaran akan dibuka pada jam 8 pagi 27 September 2014.
  • Peserta mestilah mengunakan medium kamera digital (DSLR & Kamera Kompak Sahaja) untuk merakam gambar dan kamera yang digunakan hendaklah kamera kepunyaan sendiri sahaja.
  • Gambar hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy *jpeg bersaiz minimum 3MB.
  • Gambar yang dihantar hendaklah asli tanpa sebarang watermark, sentuhan atau perubahan digital (retouching/editing) dan manipulasi digital.
  • Hendaklah mengikuti tema. Peserta akan diberikan 3 keping sample gambar sejarah sebagai salah satu elemen yang akan digunakan dalam pertandingan.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad
  • Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Setiap peserta hendaklah menghantar 3 keping gambar sebelum Tarikh Tutup Penyertaan.
  • Had umur penyertaan adalah 16 tahun dan keatas.
  • Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan bolehlah merujuk terus ke urusetia.
  • Seorang peserta hanya layak memenangi SATU hadiah sahaja.
  • Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan peraturan tanpa memberitahu peserta terlebih dahulu.

2- Hadiah

  • TEMPAT PERTAMA : RM700
  • TEMPAT KEDUA : RM500
  • TEMPAT KETIGA : RM250
  • 7 PEMENANG SAGUHATI : RM150 x 7

3- Hakcipta / Copyright. Peserta pertandingan bersetuju bahawa gambar yang dihantar adalah KEKAL menjadi hak milik peserta. Namun pihak penganjur berhak menggunakannya bagi tujuan SELAIN/BUKAN komersial. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko atau kerugian sepanjang menyertai pertandingan ini.

Ringkasan :

Masa mendaftar : 27 September 2014 (8.00 pagi)

Masa tutup penyertaan : 28 September 2014 (10.00 pagi)

Pengumuman pemenang : 28 September 2014 (11.30 – 12.00 tengahari)

Sebarang perubahan atau tambahan maklumat akan dihebahkan di laman ini.

Demo cara menghasilkan gambar dengan berkonsepkan Labuan in Visual Retrospective.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila kemukakan soalan di laman FB Labuan in Visual Retrospective atau hubungi urusetia di

A Muqtadir Halim : 0126080673 Rizuan Nizam : 013 883 3699 Kelvin Ah Kian : 014 9522 648 Mohd Saifulrizan : 0168488950

Borang penyertaan boleh dimuatturun, diisi sedia dan serahkan kepada urusetia pada hari pendaftaran, iaitu 27 September 2014 (Sabtu) bermula jam 8 pagi. Nombor peserta akan ditentukan pada hari pendaftaran. *Borang mestilah dicetak dan diserahkan kepada urusetia untuk tujuan pendaftaran pada 27 September 2014* 10661800_831476150218349_7820065637948764395_o

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s