Mesyuarat LiVR Februari 2015

Ahli Jawatankuasa LiVR telah mengadakan mesyuarat pada 6 Februari. Mesyuarat ini membincangkan:

Rancangan 2015

LiVR akan meneruskan program pameran gambar seperti biasa. Penambahan baru ialah penghasilan video yang akan menunjukkan proses penghasilan gambar, perolehan maklumat dan kajian. Video ini akan digunakan untuk tujuan promosi dan pendidikan bagi meneruskan legasi LiVR pada masa akan datang. Kami berpendapat program ini akan membantu meluaskan promosi disamping memudahkan pemahaman umum secara visual.

Pendaftaran ahli baru

Program pendaftaran dan pengenalan kepada LiVR akan diadakan pada 14 Februari 2015 bertempat di Teratak JBS, Kompleks Sukan Labuan bermula jam 8.30 pagi. Pada hari tersebut, kami akan memberi penerangan tentang bagaimana konsep LiVR direalisasikan. LiVR memerlukan penyertaan baru untuk bekerjasama melaksanakan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2015.

20150210-141204-51124243.jpg

Dana untuk pelaksanaan program

Bagi membiayai program yang telah dirancangkan, LiVR telah melihat kaedah perolehan dana dari sudut sumbangan dan jualan. Pada peringkat ini, semua kaedah masih dalam perbincangan dan akan dikaji dengan teliti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s